html> Gundam Seed Destiny

Wednesday, February 7, 2007

Topik1

Topik1
Remaja hari ini tidak memerlukan sahabat kerana mereka boleh bergantung kepada kebendaan seperti alat pemain MP3,internet dan sebagainya sebagai teman menghibur diri.Setujukah kamu?


Saya setuju dan juga tidak setuju dengan pendapat ini.Saya setuju kerana sesetengah orang,terlampau asyik apabila mereka melungsuri internet seperti lelaman 'HabboHotel' dan 'MapleStory'.Mereka akan lupakan kawan-kawan mereka kerana mereka ada 'kawan-kawan' di internet.Saya juga tidak setuju kerana walaupun ramai remaja ada alat-alat canggih,seperti MP3,internet dan sebagainya,mereka harus ada sekurang-kurangnya satu atau dua kawan untuk menghiburkan mereka dan berkongsi rahsia-rahsia antara satu sama lain.Jikalau remaja tidak ada kawan,mereka akan berasa amat sunyi dan bosan dalam hidup mereka.Bilakah remaja ada masaalah,remaja dapat berkongsi dengan kawan mereka dan mereka dapat bertukar fikiran untuk menyelesaikan masaalah itu.Bila remaja baru sahaja mendapat alat-alat elektronik,mereka akan asyik bermain dengannya dan akan berputus hubungan dengan kawan-kawannya.Tetapi apabila remajah sudah jemu dengan alat-alat elektronik,mereka akan mencari kawan-kwannya semula.Apabila remaja cuba menghubungi kawan-kawannya,kadang kala mereka tidak semesra dengan remaja itu lagi kerana sudah lama putus hubungan.Ini menunjukkan yang hubungan dengan kawan-kawan sungguh penting.

Topik2
Topik2
Teknologi maklumat (I.T)mampu menggantikan guru sebagai tenaga pengajar yang berkesan di bilik darjah.Apa pendapat kamu?
Pendapat saya:
Teknologi maklumat memang ada kebaikannya jika kita menggunakannya untuk pengajaran tambahan.Tetapi ia tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti guru.Jika guru mengajar,murid-muridnya dapat memberi lebih perhatian dan fokus dalam pelajaran mereka.Jika murid-muridnya tidak memahami pengajaran guru mereka,mereka boleh menyoal gurunya tentang sesuatu hingga mereka dapat memahaminya.Tetapi jika kita menggunakan Teknologi Maklumat sebagai ganti guru,kita dapat berbuat sedemikian.Ia tidak dapat berbual dengan kita sebagaimana guru dapat berbual dengan kita.Jika guru mengajar kita,guru dapat mengawasi kita tetapi jika kita menggunakan Teknologi Maklumat dan murid dapat membuat apa sahaja yang mereka hendak buat seperti berbual-bual dan bermain-main dengan kawan-kawan mereka.Dengan fakta-fakta ini,ia menunjukkan bahawa Teknologi Maklumat tidak dapat menggantikan guru sebagai tenaga pengajar yang berkesan di bilik darjah.
Topik3
Topik3
Kawalan ibu bapa yang ketat terhadap gerak geri anak-anak mereka amat perlu dewasa ini.Apa pendapat kamu?
Makna kawalan ketat ialah usaha atau tindakan mengawal(mengaja,mengawasi) dengan rapi dalam Kamus Dewan edisi keempat.
Pada pendapat saya, kawalan ibu bapa yang ketat terhadap gerak geri anak-anak mereka sungguh penting kerana tanpa kawalan dari ibu bapa,anak-anak mereka akan dipengaruhi oleh kumpulan kawan yang tidak baik.Anak-anak mereka akan menjadi kurang terpelajar,berhubung dengan kumpulan-kumpulan yang buruk,membazirkan masa dan wang mereka untuk permainan-mainan di tempat 'arcade',memukul orang-orang yang tidak bersalah,pulang ke rumah pada masa yang amat lewat dan sebagainya.Anak-anak mereka akan menjadi kurang terpelajar kerana apabila mereka tidak ada apa benda untuk buat,mereka akan berlepak-lepak dengan kawan-kawan mereka sepatutnya mereka harus berlajar untuk lanjutkan pelajaran mereka.Anak-anak mereka akan membazirkan masa dan wang mereka untuk permainan-mainan di tempat 'arcade'kerana mereka bosan atau mereka mereka rasa mereka tidak ada kawan untuk bermain dengan.Anak-anak mereka akan pulang ke rumah pada masa yang amat lewat kerana mereka pergi ke tempat-tempat seperti disko dan pusat membeli-belah.Anak-anak mereka akan memukul orang-orang yang tidak bersalah kerana agaknya mereka berputus hubungan dengan kawan-kawan mereka yang rapat,mereka ada masaalah keluarga,mereka rasa amat tersinggung dengan kata-kata orang dan sebagainya.Anak-anak mereka akan berhubung dengan kumpulan-kumpulan yang buruk kerana mereka berasa sungguh hebat jika mereka bergaul dengan kumpulan-kumpulan samseng dan jika mereka ada masaalah,mereka boleh dapat pertolongan dari anggota-anggota kumpulan samseng.Pada fikiran saya,kawalan ibu bapa sungguh penting kerana ada ibu bapa yang terlalu mempercayai anak-anak mereka dan tidak risau akan pergaulan mereka hingga anak-anak mereka memasuki kumpulan-kumpulan yang buruk.
Topik 4
Topik 4
Tabiat membeli barangan yang berjenama di kalangan belia boleh menimbulkan kesan-kesan yang buruk.Bincangkan.
Remaja pada masa kini ada tabiat membeli barang-barang yang berjenama.Di sekolah,kita boleh melihat remaja ada barang-barang yang berjenama seperti Adidas,Nike,Ripcurl,Quicksilver,billabong dan sebagainya di mana-mana sahaja kita pergi.Barang-barang yang berjenama berjangka daripada pakaian-pakaian ke kotak pensel.Remaja kini hendak barang-barang yang berjenama kerana agaknya,mereka fikir ia sungguh beragam,mereka hendak dilihat sebagai seorang remaja dari keluarga yang sungguh kaya,mereka berasa sungguh hebat dan hendak menjadi hebat.Remaja fikir barang-barang yang berjenama sungguh beragam kerana apabila kawan-kawan mereka ada barang-barang yang berjenama,remaja pun akan ikut kawan mereka untuk berada dalam kumpulan mereka.Kesan-kesan semua ialah apabila remaja hendak membeli barang-barang yang berjenama dan apabila keluarga mereka miskin dan tidak boleh mampu barang-barang yang berjenama,remaja akan pergi ke kedai-kedai yang menjual barang-barang yang berjenama dan remaja akan mencuri barang-barang di situ.Remaja tidak sepatutnya terlalu mempengaruhi diri mereka dengan barang-barang yang berjenama kerana ia membawa lebih banyak kesan-kesan buruk kepada masyarakat kita.

Topik 5
Topik5
Makna kemajuan ialah perihal maju (taraf hidup dll): - yang tercapai dalam masa sepuluh tahun dapat dibanggakan dalam Kamus Dewan Edisi Empat.Kemajuan seseorang pelajar di sekolah memang bergantung kepada dirinya sendiri.

Sebenarnya jika kita hendak mencapai kemajuan,pelajar mesti memohon apa mereka telah berlaja di sekolah.Di sekolah kita ada pendidikan kerana kita perlu berjaya dan dapat “degree” atau “diploma” untuk bekerja dan mencapai niat-niat kita.Kita jarus cuba dan tidak berputus asa jika gagal untuk mencapai “degree” atau “diploma”.Kita perlu ada “degree” atau “diploma” untuk bekerja kerana pada masa kini jika kita tidak ada “degree” atau “diploma”,kita tidak boleh dapat kerja yang agak baik.Kita boleh dapat pekerjaan yang lebih baik jika kita melanjutkan pelajaran kita dan pekerjaan-pekerjaan yang lebih baik akan mendahului ke kerjayaan.

Jika kita belajar dengan kurang baik apabila kita masih di sekolah,kita tidak akan ada pekerjaan yang baik apabila kita dewasa.Kita tidak akan ada cukup wang untuk menanggung keluarga kita.Benda-benda ini berlaku apabila akademik kita teruk.Kesudahan saya ialah pendidikan sungguh penting dalam hidup kita.

Topik6
Topik 6
Huraikan bagaimana hidup kejiranan dapat dipupuk di kalangan penduduk Singapura.
Semua orang hidup berjiran di sekeliling.Kita harus sentiasa berbaik-baik dengan jiran-jiran kita kerana mereka adalah orang-orang yang tinggal paling dekat dengan kita.Apabila kita menghadapi masaalah kecemasan,kita boleh minta pertolongan dari jiran kita yang terdekat.

Cara-cara untuk menolong jiran-jiran kita ialah untuk menjemput mereka untuk berkelah di pantai,apabila kita pergi ke negeri lain untuk bercuti,kita boleh beli cenderamata untuk jiran-jiran kita,apabila kita masak lauk-pauk kita boleh memberi lauk yang tertinggal kepada jiran kita.Kelab masyarakat boleh mengadakan temasya,permainan-mainan dan makan malam di pantai,hari keluarga pada setiap enam bulan,kegiatan-kegiatan macam,kelas berenang dan kelas pencak silat pada setiap dua hari seminggu untuk ikat pertalian yang mesra antara jiran-jiran kita.Tanpa kebuatan-kebuatn ini,kehidupan kita tidak selesa terhadap jiran-jiran kita.

Topik7
Topik7
Kerja-kerja rumah yang sering diberikan oleh guru-guru patut ditiadakan. Berikan sebab-sebab samada awak bersetuju atau tidak.

Saya setuju dan tidak setuju kepada pendapat yang telah diberi.Saya setuju kepada pendapat yang telah diberi kerana murid itu berasa amat tertekan dalam hidupnya,murid itu tidak boleh menempuh pelajarannya dalam sekolah menengah,agak-agaknya murid itu ialah pelajar yang lembab dan murid itu perlu lebih masa untuk menempuh dalam pelajarannya.

Murid itu akan menjadi amat tertekan dalam pelajarannya kerana agak-agaknya,murid itu ada masaalah keluarga dan murid ada banyak kerja rumah dari guru-gurunya.Murid itu tidak boleh menempuh pelajarannya dalam sekolah menengah kerana agak-agaknya dia percaya subjek-subjek di sekolah menengah sungguh susah untuk memahami.

Saya tidak setuju kerana apabila murid sedang berasa sungguh bosan,murid boleh buat kerja rumahnya supaya mereka tidak akan lalai dalam pelajaran mereka.

Murid boleh menambah ilmu dari kerja rumahnya kerana apabila murid membuat kesalahan dalam kerja rumahnya,murid boleh belajar dari kesilapan mereka.
Topik9

Topik 9
Baru-baru ini, beberapa iklan anti-merokok yang disiarkan di televisyen telah menimbulkan beberapa reaksi yang berbeza dari para penonton di Singapura.Ada yang mengatakan bahawa imej-imej yang mengerikan itu tidak perlu. Ada juga yang mengatakan bahawa ia amat berkesan untuk membantu para perokok berhenti merokok.Apa pula pendapat kamu?

Pada pendapat saya,iklan anti-merokok yang ditunjuk di televisyen amat bermanfaat kerana .Saya rasa ini iklan ini bermanfaat kerana ia boleh membantu orang-orang seperti remaja dan orang tua untuk berhenti merokok untuk berhenti merokok.Iklan ini menunjukkan kesan-kesan apabila seseorang gemar merokok.

Di Singapura ada banyak perokok setiap tahun.Ramai orang di Singapura gemar merokok untuk melepaskan apa yang menganggu mereka macam stress mereka supaya mereka berasa selesa bila sahaja.Selain dari itu,remaja-remaja merokok kerana mereka hendak menjadi popular dalam sekolah mereka.

Banyak orang di Singapura tagih kepada rokok.Perbuatan merokok amat berbahaya kepada orang lain di sekeliling mereka dan keluarga mereka.Jika kita bermula untuk berokok,ia amat susah untuk kita untuk berhenti merokok dan kita akan meneruskan untuk membeli lagi banyak rokok.Jika kita meneruskan ntuk merorkok,kita akan dapat penyakit jantung,penyakit otak dan sebagainya.

Jika kita tagih merokok dan tiada wang lagi untuk membeli rokok,kita akan akan mencuri wang ,pinjam duit dari kawan-kawan dan sebagainya.Perokok akan menjadi bankrap selepas itu.

Itu ialah sebab iklan itu amat bermanfaat kepada rakyat-rakyat Singapura supaya mereka tidak akan membuat kesalahan yang sama seperti orang di iklan itu.

Peace reigned supreme again | 2:54 AM


< Gundam >

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com