html> Gundam Seed Destiny

Wednesday, July 11, 2007

Kepanasan Bumi "Live Earth" SOS
Hari ini barangkali kita tidak dapat merasai kepanasan cuaca, suku abad lalu kerana telah lama berlalu. Tapi, sejarah catatan suhu menyatakan, ruang antara tahun 1980 dan 1995 adalah bahang hangat yang membuatkan penduduk Asia menjadi gelisah, mengibas mengirap pada waktu malam, mencari tasik dan kolam untuk berendam pada waktu malam.
Orang agama selalu menyeret masalah ini kepada bala maksiat dan itulah bayangan mereka. Manakala saintis mempunyai bukti dan hujah lain. Tapi kesannya tetap sama,iaitu panas! Bayangkanlah jika negara kita yang masih jenuh dengan kehijauan tumbuhan, flora dan fauna, tiba-tiba jadi berhaba. Bayangkan jika hutan hujan tropika ini, dedaunan layu dan gugur.
Persoalan yang penting, apa akibatnya apabila bumi semakin panas? Ikutlah tulisan Mohd Ridzuan Mohamad dalam ruang ini...
DARIPADA 10 tahun yang paling panas sejak rekod disimpan pada 1966
, tahun 1980 dan 1965 merupakan tahun yang paling panas. Ramai ahli sains bersetuju bahawa peningkatan haba daripada gas rumah hijau yang terperangkap di dalam atmosfera telah mempengarahui cuaca dunia. Pembakaran bahan bakar fosil seperti minyak, arang batu, dan gas asli adalah punca pengeluar utama karbon dioksida yang menjadi gas rumah hijau utama dunia dan kebanyakan aktiviti yang berkaitan gas rumah hijau yang lain ialah pengangkutan, sistem jana kuasa dan pembakaran lain.
Cuaca yang paling panas akan

mengubah corak taburan hujan
dan angin dalam keadaan yang
tidak dapat diramalkan. Kepanasan
yang tinggi akan membawa kepada
pemeluwapan air yang lebih cepat
dari darat dan lautan, dan ini akan mempercepatkan proses penggurunan.
Pemanasan bumi ini akan menjejaskan penghasilan tanaman, membiakkan beberapa jenis serangga yang boleh membawa penyakit seperti malaria, membawa kesan buruk ke atas iklim, dan menaikkan paras air laut.
Kejadian banjir, kemarau, kebakaran, dan wabak panas dijangka meningkat di beberpa wilayah apabila suhu meningkat. Jika suhu bumi ini terus meningkat dalam abad ini, maka sebahagian daripada negara Asia akan tenggelam dan lebih buruk lagi tidak boleh didiami serta akan mengadapi bencana yang berkaitan dengan cuaca seperti ribut taufan dan banjir.
Sebahagian besar dari Asia Timur terutamanya Kepulauan Filipina akan menjadi kawasan yang paling buruk terancam. Selain Filipina, kenaikkan paras laut akan turut menjejaskan Bangladesh, India, Malaysia, Sri Lanka, dan Vietnam.
Anggaran kenaikkan satu meter paras laut akan menenggelamkan sebahagian besar Jakarta manakala di Vietnam kenaikkan paras laut akan menenggelamkan Sungai Merah dan Delta Mekong, dan masalah yang sama akan mengusir kira-kira 140 juta penduduk di Bangladesh dan China daripada kediaman mereka. Kenaikan suhu dunia juga akan menyebabkan ketulan ais serta salji cair yang sekaligus akan menambahkan kadar air laut sehingga meningkat paras air lautan antara 15 dan 20 sentimeter. Panel mengenai perubahan Cuaca Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (IPCC) yang terdiri daripada 2,500 ahli sains, yang menasihatkan kerajaan mengenai perubahan cuaca memberi amaran mungkin terdapat kesan sampingan terhadap jaminan bekalan makanan di beberapa wilayah di dunia ini. Penyebab utama pemanasan bumi atau "Pemanasan rumah hijau" ialah pelepasan karbon dioksida ke dalam atmosfera. Karbon dioksida di dalam atmosfera kini berada di peringkat yang paling tinggi sejak beberapa tahun yang lalu dan ia semakin meningkat.
Karbon dioksida ini boleh memerangkap haba di permukaan bumi dan menghentikan haba itu daripada terbebas keluar. Maka dengan itu jika karbon dioksida baikpun di udara mahupun di laut dapat dikurangkan maka suhu dunia dapat diturunkan. Salah satu wilayah yang semakin panas dengan cepatnya ialah Antartika apabila lubang ozon dikatakan sebesar Amarika Syarikat ditemui pada 16 September 1989.
Lubang di lapisan ozon kini hampir dua kali ganda saiz Eropah, menyebabkan utara Antartika menerima pancaran rediasi lampau ungu B sama seperti di lilitan tropika yang jarang sekali berlaku.
Para pakar berkata, lubang ozon itu terus
membesar untuk
tempoh 10 tahun yang akan datang dan penyelidikan sains
memberi amaran akan berlaku krisis alam sekitar bagi hidupan
liar marin ditambah pula dengan pencemaran, penangkapan
ikan yang berlebihan, kerosakan lapisan ozon, dan pemanasan
cuaca akan mengancam habitat dan makanan.
Laporan IPCC yang ditulis lebih 2,000 ahli sains, diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan disahkan oleh banyak kerajaan telah mengisytiarkan bahawa bumi semakin panas dan manusialah yang perlu dipersalahkan.
Dengan hanya lima peratus daripada penduduk dunia, Amerika Syarikat merupakan pengguna 22 peratus daripada bahan bakar fosil dunia. Jika planet ini penuh dengan pengguna gaya Amerika, maka ia akan menambah lagi pengeluar karbon dioksida hampir lima kali ganda daripada paras semasa.
IPCC meramalkan purata suhu global meningkat 1.5ºC kepada4.0ºC (34.7ºF kepada 39.2ºF) dalam tempoh akan datang dan begitu juga dengan paras laut akan meningkat 15sm hingga 95sm (5.9 inci kepada 37.4 inci).
Perubahan cuaca pada asasnya akan mengubah dunia hidupan di dalam lautan seperti perubahan bentuk makanan dan pemupusan habitat dan keadaan alam sekitar begini juga turut meningkatkan pelbagai penyakit.
Penyakit berjangkit yang merebak dalam keadaan panas dan lembab seperti malaria dan kolera serta demam denggi boleh merebak dalam keadaan ini. Sebagai contoh, wabak kolera yang berlaku pada 1991 di Asia Tenggara dan Amerika Selatan bermula oleh suhu lautan yang tinggi.
Saintis juga sedang mengkaji hubungan antara cuaca panas dengan kekerapan berlakunya ribut taufan. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, dunia telah mengalami kerosakan yang tidak dapat dianggarkan akibat daripada bencana yang berkaitan dengan cuaca. Untuk mengelahkan kemusnahan lebih lanjut, negara industri yang bertanggungjawab bagi kebanyakan pelepasan karbon dioksida ke dalam atmosfera talah bersetuju untuk mematuhi peruntukan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Cuaca 1992 dengan mengehadkan pengeluaran gas rumah hijau kepada atau di bawah paras 1990.Daripada dapatan di atas, saya bersetuju akan kesan-kesan buruk yang mengekori kemanasan global. Saya fikir kami sebagai penghuni bumi ini, harus bertanggunjawab untuk demi untuk menyelamatkan bumi kita yang satu ini. Ia memerlukan kesatuan setiap negara dan pemerintahnya untuk menyelamatkan dunia ini yang dilanda “penyakit”. Kita mesti lebih prihatin akan semua dapatan oleh sumua alhi sains yang tersebut. Ada banyak keburukkan yang sudah berlaku yang tidak boleh diperbaiki, dan ia hanya akan menjadi lebih teruk.
Bagaimana kita boleh memainkan peranan untuk menyelamatkan “tempat tinggal” kita ini? Kita jangan mengikuti gaya hidup orang-orang dari Amerika Syarikat dan tetapi sebaliknya, kita patut berjimat dalam kegunaan kertas, menggunakan barang-barang yang telah dikitar semula untuk mengurangkan kebakaran yang akan memberikan kesan buruk jepada atmosfera. Dan juga perkara-perkara yang mudah dilakukan seperti mematikan bekalan elektrik apabila tidak digunakannnya. Kita pun boleh menolong dalam mengurangkan pembakaran bahan fosil oleh menggunakan cara yang lebih baik kepada atmosfera seperti tenaga solar dan hydro-elektrik. Langkah-langkah yang mudah sebegini dapat mendatangkan impak yang besar sekali.
Kita tidak ada bumi selain daripada bumi ini. Apa yang akan berlaku kalau kita “membunuh” dunia kita sendiri?
Dibuat oleh:Joshua dan Mohd Aaqil Sec 1D


Peace reigned supreme again | 6:33 AM


< Gundam >

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com